Thai Hot Guy dalam siasatan KDN – Saifuddin

Tindakan sebuah bar yang mahu menampilkan kumpulan Thai Hot Guy sehingga mengundang kecaman masyarakat, tidak sewajarnya diteruskan.

Demikian jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu terbabit yang tular di laman sosial serta mendapat reaksi beberapa pihak terutama parti politik.

Ujarnya, di pihak KDN, siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti setiap fakta berhubung kejadian itu.

“Pertama respons saya, kita akan lihat dulu fakta siapa buat kelulusan, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak lain, perkara itu dulu kita kena lihat.

“Reaksi umum saya adalah jelas, memasuki ambang Ramadan sebaik-baiknya untuk acara seumpama itu tidak diteruskan,” jelasnya.

Tegas Saifuddin lagi, semua pihak di negara ini seharusnya menghormati sensitiviti berlainan agama masyarakat terutama ketika umat Islam menyambut Ramadan.

“Saya nak sebut begitu, ia boleh mewujudkan keresahan kerana umat Islam seluruh dunia sambut bulan suci ini, jadi aktiviti ini boleh timbulkan keresahan… kena ada mutual respect dalam masyarakat pelbagai kaum.

“Saya cenderung menyebut menjadi kewajipan semua (masyarakat) apabila ketibaan bulan suci ini kita memuliakannya, kita mengukuhkan elemen saling memahami, hormat menghormati dan tidak masuk batasan yang mencetuskan sensitiviti dalam perkara itu,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Rabu. Aw

Thai Hot Guy dalam siasatan KDN – Saifuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker