Mohon maaf atau saya saman – Guan Eng
Mohon maaf atau saya saman – Guan Eng
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, diminta memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan berbaur fitnah membabitkan pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, turut menggesa Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, menarik balik dakwaan terbabit secara serta-merta.
Guan Eng menegaskan, tindakan perundangan akan diambil ke atas Muhyiddin jika gagal mematuhi gesaan berkenaan dan memberi tempoh sehingga hari ini bagi Ahli Parlimen Pagoh itu berbuat demikian.
“Tindakan perundangan (ke atas Muhyiddin) bukan sahaja secara sivil seperti dinyatakan sebelum ini. Saya harap beliau tahu apa yang berlaku walaupun tidak hadir pada persidangan Dewan Rakyat pagi ini.
“Saya harap beliau mengikuti perjalanan persidangan Dewan Rakyat secara siaran langsung untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Harap beliau bertindak secara bermaruah dengan menarik balik dan mohon maaf supaya perkara ini boleh diselesaikan, kalau tidak saya akan buat tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, menafikan Guan Eng membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
Berpandukan rekod Kementerian Kewangan, Perdana Menteri mengesahkan Guan Eng tidak berbuat demikian ketika menyandang jawatan berkenaan, selain menjelaskan kuasa pengecualian cukai tertakluk kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pada 9 Mac lalu, Muhyiddin dalam kenyataan selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan pengecualian pembayaran cukai diluluskan kepada Yayasan Albukhary.
Beliau dilaporkan berkata, mengetahui punca Guan Eng yang ketika itu Menteri Kewangan, membatalkan pengecualian cukai diperoleh Yayasan Albukhary sebelum itu.
Sementara itu, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP mengulangi pendirian tidak pernah meneliti fail atau memberi arahan supaya pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary dibatalkan seperti didakwa Muhyiddin.
“Saya tak mahu diheret beliau dalam kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) atau kes pengecualian cukai diberikan kepada Yayasan Albukhary.
“Saya diheret walaupun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Jana Wibawa atau Yayasan Albukhary.
“Saya rasa ini disengajakan untuk menimbulkan sentimen, khususnya sebagai Menteri Kewangan bukan Islam membatalkan pengecualian cukai kepada institusi amal Islam.
“Ini pastinya memenuhi hasrat Perikatan Nasional (PN) memainkan sentimen tidak sihat. Ini fitnah dan pembohongan sangat jahat serta tidak adil kepada saya, selain berharap perkara ini boleh diselesaikan menerusi tindakan Muhyiddin memohon maaf kepada saya,” katanya.
Mengenai surat tuntutan berhubung perkara itu, Guan Eng berkata, Muhyiddin tidak mengemukakan sebarang maklum balas sejak dokumen itu diserahkan menerusi Tetuan Gouk, pada 15 Mac lalu.
“Beliau masih berdegil, tak mahu akui membuat fitnah ke atas saya,” katanya yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. BH
Mohon maaf atau saya saman – Guan Eng
Baca Artikel Menarik:
- Abim ziarah Dalai Lama
- Polis tolak teori konspirasi Chegubard
- 3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
- Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa
- Norjuma diisytihar bankrap
- Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator
- Nazri cadangkan kerajaan guna ISA pada Mahathir
- Tetamu majlis umpama ‘kedai emas bergerak’ di dalam majlis perkahwinan [VIDEO]
- Hanya seorang murid berdaftar, habis semua jawatan disandang tanpa saingan
- Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
- Tajuddin tolak PAS dan Bersatu, masih harap Umno terima rayuan penggantungan
- Atok terkena serangan jantung ketika ‘layan’ pelacur
- Pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat Jennie Blackpink kerana kritik persembahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.