Presiden Chad terkorban pertahan tanah air

Idriss Deby bertempur dengan kumpulan pemberontak

Presiden Chad, Idriss Deby yang memerintah negara lebih 30 tahun terkorban dalam medan pertempuran dengan kumpulan pemberontak di utara negara ini.

Difahamkan kematian Deby, 68, diumumkan selepas beliau diisytiharkan menang pilihan raya presiden pada 11 April, sekali gus membuka jalan baginya untuk terus berkuasa selama tempoh enam tahun lagi.

Jurucakap tentera, Jeneral Azem Bermandoa Agouna menerusi siaran televisyen negara berkata, Deby terkorban ketika mempertahankan tanah air.

Susulan itu, majlis ketenteraan yang diketuai anak Deby, Mahamat Idriss Deby Itno 37, akan mengambil alih tempat beliau.



Isnin lalu, kempen Deby mengatakan bahawa beliau menyertai pasukan tentera barisan hadapan selepas pemberontak yang berpangkalan di sempadan utara Libya menuju ke ibu kota.

Punca sebenar kematian beliau masih belum jelas bagaimanapun sumber diplomatik Eropah mengatakan bahawa Deby telah dibunuh. – Agensi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker