MP Kepong berjaya kutip sumbangan RM2.25 juta untuk bayar ganti rugi
Untung jadi MP, kalau rakyat biasa siapalah nak beri sumbangan seperti ini.
MP Kepong berjaya kutip sumbangan RM2.25 juta untuk bayar ganti rugi
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berjaya mengumpul RM2.25 juta untuk membayar ganti rugi dan kos selepas kalah dalam saman fitnah kepada firma e-dagang Monspace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Jessy Lai.
Sehubungan itu, Lim menyeru penyokongnya untuk tidak lagi menderma, dan memberi jaminan bahawa akan ada akauntabiliti.
“Saya tidak dapat berterima kasih kepada semua orang untuk kebaikan dan bantuan yang dihulurkan pada waktu yang sukar ini. Saya terharu dengan kemurahan hati kamu.
“Seorang juruaudit bertauliah akan dilantik bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti terhadap derma yang dikutip,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Lim membayar RM2.25 juta sebagai ganti rugi dan kos kepada firma e-dagang Monspace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Jessy Lai.
Syarikat itu dan pengasasnya telah memfailkan tindakan sivil terhadap Lim pada 2019 atas dakwaan bahawa syarikat itu terlibat dalam skim pelaburan yang gagal membayar pulangan seperti yang dijanjikan kepada pelabur.
Pada tahun yang sama, beberapa pengasas Monspace turut didakwa di mahkamah jenayah atas dakwaan menjalankan skim piramid dan aktiviti pengubahan wang haram.
Lim terpaksa membayar ganti rugi dalam tempoh tujuh hari kerana tiada penangguhan diberikan sementara menunggu rayuan.
Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan dirinya diisytharkan muflis, dan veteran DAP itu akan kehilangan kerusi Parlimennya.
Ahli Parlimen Kepong itu telah berjanji bahawa jika dia berjaya dalam rayuan masa depannya dan boleh menuntut semula ganti rugi berkenaan, dia akan menderma kesemuanya kepada pertubuhan kebajikan dan pendidikan. Mk
MP Kepong berjaya kutip sumbangan RM2.25 juta untuk bayar ganti rugi
Baca Artikel Menarik:
- Senarai penuh MKT bagi Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026
- 54 ketua bahagian UMNO muka baharu
- Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda
- Mahathir jangan bermain api, nanti terbakar negara sendiri
- Noh Salleh ditegur mencarut setiap masa atas pentas
- Little Miss Khan – Pakai Baju rona kulit melekap di badan
- Populariti Mierul Aiman memdadak
- Isteri rasa bahagia selepas suami jalin hubungan sulit
- Mimi Lana dah bersedia
- Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar
- Kenyataan media Syed Mokhtar
- Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis
- Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi