DAP kekal pembangkang di Sarawak untuk kawal pemerintahan GPS – Chong

Chong Chieng Jen berkata ini akan memastikan pemerintahan Gabungan Parti Sarawak dapat dikawal.

DAP kekal pembangkang di Sarawak untuk kawal pemerintahan GPS – Chong

DAP Sarawak akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang dengan sebaiknya bagi memastikan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat dikawal, kata pengerusinya Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, walaupun tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kancah politik negara apabila DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan dengan GPS di peringkat persekutuan, parti itu kekal sebagai pembangkang di peringkat negeri.



“Berada dalam kedudukan sedemikian bukan mudah tetapi kami akan terus menyuarakan jika dasar di peringkat persekutuan atau negeri tidak memihak kepada rakyat,” katanya menurut Borneo Post.

Menurutnya, sama ada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mampu berkhidmat untuk tempoh lima tahun bergantung kepada tiga faktor utama.

“Ia melibatkan prestasi 100 hari kerajaan perpaduan, keputusan pemilihan Umno, dan pilihan raya enam negeri tahun ini,” katanya.

Chong berkata, pentadbiran Anwar sudah melakukan beberapa pembaharuan setakat ini dan beliau yakin pemimpin kerajaan pada masa akan datang mampu mengelak daripada terlibat rasuah.



Ahli Parlimen Stampin itu menerima kecaman daripada pemimpin GPS baru-baru ini selepas menggelar gabungan berkenaan sebagai “oportunis” apabila memutuskan menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Ucapan itu dibuat ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, dan beliau juga mendakwa GPS gagal memperjuangkan hak negeri.

Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Chong dan menggesanya memohon maaf kepada semua rakyat Sarawak, pengerusi GPS serta semua Ahli Parlimen GPS.

Seorang lagi Ahli Parlimen GPS, Shafizan Kepli memberitahu Chong supaya tidak “menggoncang bot” ketika membandingkan kerajaan persekutuan dengan sebuah bot diketuai oleh Anwar, GPS dan gabungan lain semuanya mendayung untuk memastikan ia “mencapai garisan penamat”. FMT



DAP kekal pembangkang di Sarawak untuk kawal pemerintahan GPS – Chong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker