Mahahir menghasut, 22 bukan ketika berkuasa hina Melayu kini mahu jadi hero Melayu

Tindakan tidak membenarkan perhimpunan melibatkan mana-mana kaum bukan perkara baharu sebaliknya sering dilakukan ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun, kata Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Mohamed Nazri, ketika itu kerajaan tidak mengizinkan permit perhimpunan diberikan atas alasan ia boleh membawa kepada rusuhan hingga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya adalah sebahagian dari jemaah menteri ketika Mahathir menjadi perdana menteri sebelum ini.



“Mungkin atas faktor usia, Mahathir sudah lupa ketika dia mengetuai kerajaan pun ada banyak perhimpunan yang melibatkan kaum yang tidak dibenarkan.

“Jangan cuba nak tunjuk konon demokratik sangat dan pertikai pentadbiran orang lain,”

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata beliau pelik dengan sikap Mahathir yang sangat prihatin dengan nasib orang Melayu ketika sudah tidak ada kuasa.

Sebaliknya jelas beliau, ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir memperlekeh orang Melayu dengan melabelkan sebagai malas.



“Masa ada kuasa 22 bulan, perlekeh dan hina orang Melayu, kata orang Melayu malas.

“Sekarang bila sudah tidak ada kuasa, sudah kalah teruk dan hilang deposit dalam pilihan raya, nak tunjuk konon dialah yang paling prihatin kepada orang Melayu.
“Tidak ada orang Melayu yang mahu percaya cakap Mahathir lagi,” katanya lagi.

Mohamed Nazri juga menggesa agar kerajaan mengambil tindakan atas Akta Hasutan terhadap Mahathir.

Hujah beliau, apa yang dilakukan Mahathir ini adalah cubaan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.



“Kerajaan tidak perlu takut untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir biarpun dia bekas perdana menteri.

“Kalau zaman Mahathir jadi perdana menteri, siapa yang nak buat perhimpunan nak tegur kerajaan akan dianggap mahu lawan pemerintah.

“Zaman dia, mereka ini akan ditahan di bawah ISA. Tak percaya tanya Ibrahim Ali,” katanya.

Dalam satu sidang media pada Ahad, Dr Mahathir mendakwa perhimpunan Proklamasi Orang Melayu tidak dapat dianjurkan disebabkan campur tangan kerajaan.
Dalam sidang media itu Dr Mahathir juga mendakwa kerajaan hari ini takut untuk mendengar suara orang Melayu.



Bagaimanapun, Mahathir tidak memperincikan dakwaannya atau memberikan sebarang bukti wujudnya campur tangan kerajaan berkenaan perkara itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker