Kaki tersepit besi penutup longkang hari pertama sekolah
Kaki tersepit besi penutup longkang hari pertama sekolah
SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 di sini berdepan detik cemas pada hari pertama sesi persekolahan apabila kaki kanannya tersepit di besi penutup longkang pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pelajar perempuan berusia 16 tahun itu terjatuh dan tersepit pada besi penutup longkang selama 20 minit sebelum diselamatkan.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan lokasi.
“Berdasarkan laporan, kejadian membabitkan seorang mangsa iaitu pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mana kakinya tersepit di besi penutup longkang pada kedalaman satu meter.
“Pasukan penyelamat yang hadir kemudian mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa bagaimanapun tidak cedera dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. BH
Kaki tersepit besi penutup longkang hari pertama sekolah
Baca Artikel Menarik:
- Senarai penuh MKT bagi Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026
- 54 ketua bahagian UMNO muka baharu
- Pengurus syarikat Fazura didakwa berdepan hukuman penjara, sebat, denda
- Mahathir jangan bermain api, nanti terbakar negara sendiri
- Noh Salleh ditegur mencarut setiap masa atas pentas
- Little Miss Khan – Pakai Baju rona kulit melekap di badan
- Populariti Mierul Aiman memdadak
- Isteri rasa bahagia selepas suami jalin hubungan sulit
- Mimi Lana dah bersedia
- Beberapa kerat orang – Tan Sri, tauke besar rancang gugat kerajaan – Anwar
- Kenyataan media Syed Mokhtar
- Keputusan pemilihan isyarat Umno sedia berubah – penganalisis
- Hadi diingatkan jangan lupa hadir sidang Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.