Aizat Amdan pakai korset , kuku pulak berkilat

Aizat Amdan pakai korset , kuku pulak berkilat

Penyanyi dan komposer tanah air, Aizat Amdan, menerima kecaman ramai apabila penampilannya yang pelik disamakan dengan penyanyi kontroversi antarabangsa, Sam Smith.

Menerusi satu perkongsian video di Tik Tok oleh pengguna, Aizat dikatakan tampil membuat persembahan pada rakan baiknya, Yuna, dengan mengayakan imej aneh iaitu berbaju lengan pendek berwarna biru dipadankan dengan seluar pendek paras lutut berwarna perak serta mengenakan aksesori menyerupai ‘korset’ di bahagian pinggangnya.

Selain itu, penyanyi lagu Susun Silang Kata itu turut dilihat mewarnakan rambutnya dengan warna putih selain kukunya yang berkilat yang menjadi punca dia kemudiannya dilabel netizen sebagai Sam Smith Malaysia.

Perkara itu mengejutkan ramai pengikut dan peminatnya kerana sebelum ini, penyanyi berkenaan tidak pernah menggenakan imej sedemikian.

Berikutan itu, ruangan komen di pelbagai aplikasi media sosial mula dibanjiri dengan bermacam-macam respons terhadap Aizat selain menyifatkan penyanyi tersebut seakan terdesak mencari perhatian umum.

Untuk pengetahuan, Sam Smith merupakan seorang penyanyi dari Amerika Syarikat yang kini menggayakan pakaian serta dirinya seolah seorang perempuan.

Aizat Amdan mulai menempa nama dalam industri hiburan tempatan menerusi sebuah program realiti TV pada tahun 2007 sebelum mengeluarkan beberapa lagu popular terdiri seperti ‘Kau aku’ dan ‘Hanya kau yang mampu’. BH

Aizat Amdan pakai korset , kuku pulak berkilat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker