Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM

Razali Idris mendakwa, Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi mengambil segala tindakan terhadap pemimpin Bersatu dan PN untuk melemahkan gabungan itu menjelang PRN.

Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan dibuat mereka berkenaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Razali mendakwa, Anwar dan Zahid cuba menjatuhkan kepimpinan PN dan Bersatu bagi melemahkan kekuatan politik gabungan itu menjelang PRN akan datang di enam negeri.

“Pada 6 Dis 2022, Anwar sebagai menteri kewangan mendakwa kerajaan bawah Muhyiddin menyeleweng RM600 bilion pakej ekonomi,” katanya, lapor Berita Harian.

“Dakwaan itu jelas adalah fitnah dan tohmahan palsu apabila RM600 bilion diturunkan kepada RM530 bilion sehingga ke RM92.5 bilion dan kemudiannya kepada RM4.5 bilion sehingga akhirnya kepada RM300 juta saja.”

Tambahnya, Zahid menerusi ucapan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada Januari lepas menyatakan akan wujud kluster mahkamah dalam kalangan pemimpin PN dan Bersatu, walaupun siasatan masih belum selesai ketika itu.

“Ini adalah bukti jelas menunjukkan wujud konspirasi jahat ke atas Muhyiddin, PN dan Bersatu,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Razali mendakwa, Anwar menyalahgunakan kuasanya dengan menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas kepimpinan Bersatu, bertujuan memberikan persepsi buruk terhadap parti berkenaan.

“Saya membuat laporan polis untuk menghalang perbuatan jenayah dan mengekang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan yang menggunakan agensi penguat kuasa serta menyalahgunakan proses undang-undang demi kepentingan survival politik,” katanya.

“Semua tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas PN, Bersatu, Muhyiddin dan kepemimpinan PN yang lain termasuk membekukan akaun Bersatu jelas menunjukkan konspirasi jahat dengan menyalahgunakan proses undang-undang dan bermotifkan pendakwaan politik.”

Razali berkata, tujuan sebenar segala tindakan Anwar, Zahid dan PH adalah untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PN.

“Ia juga bertujuan menjatuhkan maruah daripada parti yang bersih kepada korupsi dan rasuah yang akan meresahkan rakyat serta menghakis kepercayaan kepada PN khususnya bagi menghadapi PRN akan datang,” katanya.

Terdahulu, antara tindakan yang diambil terhadap Bersatu dan PN baru-baru ini termasuk pembekuan akaun Bersatu dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpinnya di mahkamah atas tuduhan rasuah. FMT

Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker