Misteri Solat Hajat PAS minta kucar kacirkan PN, hancurkan PN

Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Tuan Zulkifli Ismail yang mengetuai solat hajat tersebut ‘tersasul’ mendoakan kemusnahan gabungan parti Muhyiddin dan PAS.

Oleh Norzahira

 

KIFARAH itu pasti. Allah yang mengerakkan hati dan pengucapan kita. Oleh itu, tidak menghairankan apabila Majlis solat hajat perdana anjuran Parti Perikatan Nasional (PN) yang pada mulanya diadakan sebagai satu tanda solidariti kepada presiden PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin bertukar kepada solat hajat yang mendoakan kemusnahan parti PN yang diaminkan oleh jemaah yang hadir.

Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Tuan Zulkifli Ismail yang mengetuai solat hajat tersebut ‘tersasul’ mendoakan kemusnahan gabungan parti Muhyiddin dan PAS.



“Kami sedang dizalimi PERIKATAN NASIONAL YA ALLAH, KAU KUCAR KACIRKANLAH MEREKA YA ALLAH, KAU HANCUR LEBURKAN MEREKA YA ALLAH,”- potongan doa yang dibaca oleh Ketua Dewan Ulama PAS Melaka, Tuan Zulkifli Ismail di Taman Melewar, Gombak

Berlainan dengan sumpah laknat dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianiaya secara zalim dan kejam oleh Mahathir, Muhyiddin dan sekutu-sekutu mereka.

Kesan dari sumpah laknat tersebut dilihat sedang menimpa para penganiaya Najib satu persatu.



Setakat hari ini,

1. Sepupu menantu Midin sudah didakwa 5 caj rasuah bernilai RM4.6 juta berhubung skandal Jana Wibawa.

2. Adik menantu Midin telah ditahan reman sebab bayar sogokan bernilai RM400,000 diberi menantu Midin dalam cubaan untuk halang siasatan SPRM ke atas anak Midin berhubung skandal Jana Wibawa.

3. Ketua Penerangan Midin telah didakwa 2 caj rasuah bernilai RM6.9 juta berhubung skandal Jana Wibawa.



4. Kawan baik Midin dari Pagoh telah didakwa 9 caj rasuah bernilai RM13 juta berhubung skandal Jana Wibawa.

5. Midin telah didakwa 7 caj salah guna kuasa dan rasuah bernilai RM232.5 juta berhubung skandal Jana Wibawa.

Sebelum ini berbagai kata nista dan cercaan yang dihamburkan oleh Muhyiddin dan pemimpin parti PN terhadap Najib namun kini segala kata-kata tersebut bagaikan kembali menghantui mereka. Satu persatu jenayah salahlaku mereka terbongkar.

Allah Maha Besar!!! Allah Maha Berkuasa!!! Tuhan sekalian alam yang mendengar doa dan sumpah hambanya yang teraniaya.



@saifulnizam769
KEMUSNAHAN KEHANCURKAN KELEBURAN PERIKATAN NASIONAL Susulan pendakwaan rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Muhyiddin Yassin maka satu solat hajat dibuat oleh Perikatan Nasional. Acara itu ditayangkan secara langsung melalui YouTube Astro Awani. Yang menghairan ialah apabila pak Imam mendoakan kemusnahan dan kehancuran Perikatan Nasional yang menzalimi mereka. Kasihan sungguh! Moga makbul doa mereka. Aminnnnnnnnnn! #RakyatBijak #LawanPembodohan #PerikatanNasional

Pada 13 Mac 2023, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, awal tahun lalu.

Pada Jumaat lalu (10 Mac 2023), Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden BERSATU menggunakan kedudukan untuk suapan iaitu wang RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta untuk partinya daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, syarikat Nepturis Sdn Bhd, syarikat Mamfor Sdn Bhd dan Azman Yusoff.



Muhyiddin juga didakwa sebagai Presiden BERSATU menerima wang RM120 juta dan RM75 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti.

bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah. Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.

Dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.



Pada 22 Februari juga, seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.

Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.

Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN diterajui Muhyiddin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker