Suspek pecah stesen minyak, kedai diberkas

Suspek pecah stesen minyak, kedai diberkas. Seorang lelaki yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah stesen minyak dan kedai sekitar daerah ini ditahan polis semasa melakukan jenayah itu, pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penahanan suspek berusia 29 tahun itu dilakukan sebaik polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang bekerja di syarikat penggera keselamatan memaklumkan sebuah stesen minyak di Jalan Batu 2 Seremban dipecah masuk pada jam 3.27 pagi.

“Setibanya di lokasi, kelihatan cermin kaca stesen minyak tersebut dipecahkan dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek masih berada di dalam kedai dengan bersembunyi di bawah meja kaunter.

Antara barang rampasan.

“Semasa tangkapan dibuat, barang kes yang turut dirampas adalah wang tunai RM500, tukul besi, sarung tangan, topi, beg pinggang, motosikal dan pakaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Aidi Sham berkata, pihak polis juga telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah yang pernah diduduki oleh suspek di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang di sini.

“Polis merampas barang-barang dipercayai hasil daripada pecah kedai dan stesen minyak seperti rokok pelbagai jenama, telefon bimbit, iPad, perisa vape, gelang hiasan tangan, cincin hiasan, kad memori, mikrofon, ‘screen protector’ telefon dan cermin mata.

Antara barang rampasan di rumah yang pernah didiami suspek.

“Susulan penangkapan tersebut, pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan lima kes di Port Dickson, satu kes di Seremban manakala dua lagi kes di daerah Nilai melibatkan pecah stesen minyak dan kedai yang membawa keseluruhan kerugian berjumlah RM69,713,” katanya.

Katanya, siasatan polis juga mendapati suspek melakukan jenayah secara solo sejak Oktober tahun lalu, bagaimanapun suspek yang tidak bekerja itu tiada sebarang rekod jenayah lampau.

“Keputusan saringan air kencing bebas daripada pengaruh dadah. Suspek direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suspek pecah stesen minyak, kedai diberkas


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beri peluang, masa Ismail Sabri buktikan kemampuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker