Yusof Haslam restu Datin Patimah jadi pencelah kes Injuksi Ira Kazar – Yusof Haslam

Berpihak kepada yang benar, Datuk Yusof Haslam menyokong keinginan isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi dalam kes injuksi terhadap isteri kedua anaknya, Ira Kazar yang didakwa melanggar perintah mahkamah.

Kata penerbit filem itu, sebagai individu paling dekat dengan menantu pertamanya, Puteri Sarah selain melihat sendiri situasi rumah tangga insan disayangi mereka, Yusof yakin isterinya punya alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Isteri saya telah beritahu dan meminta keizinan untuk beri keterangan selaku pencelah bagi kes tuntutan yang dikemukakan Sarah kepada pihak ketiga.

“Saya akur dengan kehendaknya kerana dia lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul, tambahan pula dia yang berada di rumah sepanjang tempoh itu.

“Kami bukan mahu menyebelahi sesiapa tetapi andai anak kami terkhilaf, tentu kami berpihak kepada yang benar. Salah tetap salah, sekali pun darah daging sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan ibu Syamsul sedia menjadi pencelah dan saksi bagi pihaknya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu.

Perkara itu susulan Syamsul memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara aktres itu yang juga isteri pertamanya dan isteri keduanya, Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27.

Permohonan difailkan melalui peguam Azahir Nasir daripada Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff yang mewakili pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu pada 21 Februari lalu.

Sementara itu, berhubung dakwaan Syamsul memukul isterinya, sutradara prolifik itu cuma mahu menyerahkan semuanya kepada pihak yang berkenaan.

Enggan mengulas Kes yang sudah memasuki peringkat mahkamah, Yusof hanya berharap tiada kaum Adam tergamak ‘meletak’ tangan kepada mana-mana wanita.

“Saya tak boleh ulas lanjut. Dua-dua saya sayang, itu anak, ini menantu. Cuma doa yang mampu saya bersama isteri tadahkan semoga semua ini berakhir dengan baik.

“Percayalah tiada ibu bapa yang mahu melihat rumah tangga anak-anaknya berantakan. Tidak mungkin ada,” katanya lagi.

Beberapa hari lalu ibu Syamsul  mencuri perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di InstaStory memaparkan gambar anaknya di muka depan sebuah akhbar dengan titipan ayat  menyentuh hati.

Dalam hantaran itu, Patimah meminta anaknya pulang ke pangkal jalan dengan lagu Rapuh nyanyian asal penyanyi Indonesia, Opick sebagai latar.

“Hidupmu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan. Sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untukmu. Allah juga Maha Pengampun,” tulisnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker