Musa mahu selesaikan kes rumah tangganya ke mahkamah syariah

Musa mahu selesaikan kes rumah tangganya ke mahkamah syariah

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mahu menyelesaikan isu berkaitan rumah tangganya mengikut saluran undang-undang.

Beliau tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak dan lebih selesa supaya proses keadilan dilakukan di mahkamah syariah.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan aduan terhadap perlakuan isterinya kepada Mahkamah Syariah.

Katanya, isu berhubung masalah rumah tangganya telah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan mereka sudah tidak tinggal serumah sejak enam bulan lalu.

Beliau juga menafikan telah curang dan memukul isterinya seperti yang ditularkan sebelum ini.

Menurut Musa, beliau telah membuat laporan polis pada 1 Mac lalu dan akan memberi kerjasama dalam membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Tidak perlu saya beri penerangan kepada pihak media sebab semua orang sudah tahu laporan pun sudah diviralkan biar pihak polis jalankan siasatan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Baru-baru ini, tiga klip video berdurasi kurang satu minit ditularkan di media sosial memaparkan pertelingkahan sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak. MG

Musa mahu selesaikan kes rumah tangganya ke mahkamah syariah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker