Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini esok.
Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).
Sumber SPRM ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara berkenaan.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh akan didakwa di mahkamah pagi esok.
Pendakwaan dipercayai berkaitan kes salah guna dana awam program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.
Bagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan bekas Perdana Menteri itu antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.
Pada 20 Februari, SPRM memaklumkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berstatus Ahli Parlimen dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, ditahan berhubung kes Jana Wibawa.
Sehari kemudian, bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.
Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.
Dia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.
Pada 22 Februari juga, seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.
Jana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.
Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN diterajui Muhyiddin. BH
Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Baca Artikel Menarik:
- Adakah Muhyiddin akan cakap serupa bikin, meletakkan jawatan jika didakwa?
- Muhyiddin didakwa esok – Sumber SPRM
- Jika setiap kes bermotif politik maknanya semua kes rasuah besar kita lepas? – Anwar
- Muhyiddin dilarang ke luar negara
- Nadia Brian Ditengking Influencer (Video)
- Hishammuddin boleh cadang pinda akta kuasa Menteri Dalam Negeri di Parlimen
- Zahid ingatkan menang pemilihan dalam UMNO, belum tentu jadi calon PRN
- Bakar kereta sendiri kerana marah gagal hidupkan enjin
- Ini punca mengapa Isteri Lee Chong Wei menangis teresak-esak [VIDEO]
- Bekas Ketua Polis Negara ciap ‘5 ciri isteri derhaka’ di Twitter
- ‘Rider’ tinggal motosikal selamat budak hampir dilanggar [VIDEO]
- Rasa menyesal bakar isteri, suami akhirnya menangis
- Boleh belanja puluh juta, tapi padang RM900,000 tak boleh buat – TMJ
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu