Surat ROS pada UMNO, Takiyuddin mahu penjelasan Menteri KDN
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismial menjelaskan dakwaan pertentangan antara keputusannya untuk mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya dan sepucuk surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kepaa Umno berkenaan perkara itu.
Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata dia melihat surat yang didakwa dari ROS kepada Umno itu, menyatakan usul tambahan Umno yang diluluskan dalam perhimpunan agung tahun lalu agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, adalah tidak teratur dan bertentangan dengan perlembagaan parti itu.
“Saya tak tahu surat ini tulen atau tidak, tetapi ia bercanggah dengan kenyataan akhbar menteri (Saifuddin) yang memutuskan untuk beri pengecualian dari pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan berhubung usul tambahan,” katanya, yang menyifatkan perkara itu merupakan isu yang melibatkan kepentingan awam.
Dia menggesa Saifuddin untuk menjelaskan pertimbangan yang dibuat ROS dan keputusannya untuk mengecualikan Umno.
“Kalau inilah amalan yang dibuat, adakah pertubuhan lain boleh ikut atau (ia) jadi duluan. Saya nak tahu adakah ini satu duluan untuk semua pertubuhan,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu hari ini, Saifuddin berkata dia menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan untuk mengecualikan Umno daripada dibatalkan pendaftarannya.
Menurut seksyen itu, menteri boleh menggunakan budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan bawahnya.
Dengan itu, dia mengecualikan Umno daripada keperluan untuk mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) akta tersebut, yang menyentuh soal pembatalan pendaftaran sesebuah pertubuhan.
Susulan itu, ahli Umno Kuala Nerus Aizat Fikri Nasir Fikri, yang sebelum ini memfailkan notis bantahan kepada ROS, berkata ia “mengesahkan” memang ada ketidakaturan dalam pemilihan Umno
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi