Resepi pulut kacau (wajik) guna 4 bahan je
Resepi pulut kacau (wajik) guna 4 bahan je
Siapa penggemar wajik atau pulut kacau dekat sini? Selalu musim raya atau kenduri je baru dapat jumpa kuih pulut ini.
Tapi jarang betul nak jumpa orang jual wajik ini. Kebanyakan orang akan menjual dodol atau lemang je. Kalau balik kampung pun, baru dapat merasa wajik ini.
Resepi wajik ini telah dikongsikan sendiri oleh Zailah Ismail menerusi laman Facebook. Memang nampak mudah tapi kena rajin mengacau macam dodol tau!
Bahan-bahan:
4 cawan beras pulut
5 cawan santan
4 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Cara-caranya:
1. Rendam beras pulut kira-kira 3-4 jam. Kemudian, kukuskan ia kira-kira 25 hingga 30 minit dan ketepikan.
2. Masak pula gula merah, apabila sudah cair boleh ditapis.
3. Sediakan kauali yang besar sikit. Mudah untuk mengacau wajik.
4. Letak balik gula merah yang sudah dicairkan tadi. Kemudian masukkan gula pasir, sedikit garam, dan santan.
5. Kacau sampai mendidih. Bila sudah likat, boleh masukkan pulut yang sudah dikukus dan kacau rata. Dah siap!
Mudah je kan nak buat kuih pulut wajik ini ikut sukatan cawan. Sangat praktikal dan sesuai untuk makan sendiri di rumah.
Terima kasih Zailah Ismail di atas perkongsian resepi ini. Tak perlu nak tunggu musim raya atau kenduri, dah boleh buat terus bila-bila teringin nak makan.
Pada masa yang sama, boleh kenalkan dekat anak-anak kuih tradisional melayu ini. Ye dok? Selamat mencuba!
Resepi pulut kacau (wajik) guna 4 bahan je
Baca Artikel Menarik:
- Mahu berunding atau bermusuh, Anwar tanya pembangkang
- Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei
- Tanah Suci bukan tempat iklan bisnes
- 70% aset, dana 1MDB diperoleh semula
- Petaling Street digempur 4 agensi
- Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak
- Moderator TikTok Bakal Didakwa Dera Monyet Sampai Mati
- Jangan serang kami, Anwar beritahu Hadi
- Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid
- JDT mengamuk seperti Liverpool, belasah N Sembilan 7-0
- Saya maafkan menantu walaupun dua nyawa jadi korban
- Projek Musang King: Orang Asli dakwa dihalau kelaur dari tanah adat
- Guan Eng dedah diugut Mahathir 3 kali untuk dipecat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul enggan cerai Puteri Sarah