Jenazah bangsawan, kain kafan RM219 semeter
Seorang wanita di Indonesia menjadi salah seorang peniaga kain kafan mewah yang dijual pada harga 750,000 rupiah (RM219) semeter, lapor laman berita Suara.com.
Penduduk di daerah Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan memanggil kain kafan itu sebagai Tope.
Kain itu bukan sahaja digunakan untuk membalut jenazah, malah boleh menjadi bahan untuk menghasilkan pakaian seperti jubah, tudung, beg dan kipas.
“Harganya mencecah 1.7 juta rupiah (RM498) apabila sudah menjadi baju. Ramai pembelinya adalah daripada anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” kata seorang tukang kain kafan bernama Suryani.
Menurut Suryani, kain itu diperbuat daripada kapas sebenar yang dipintal menjadi benang.
“Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk menjahit satu pakaian, jadi ia dijual mahal,” katanya.
Sebelum ini, kain kafan tersebut digunakan untuk membungkus jenazah keturunan bangsawan. Namun kerana harganya yang mahal, orang ramai beralih kepada kain putih.
Di Jeneponto, kain kafan itu hanya dihasilkan di wilayah Kelara. Hanya kira-kira 50 wanita yang dilatih untuk menjadi tukang.
Suryani ingin melestarikan kain kafan tersebut kerana ia hampir ketinggalan zaman. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Biar Hadi terus merancang dan mengigau – Anwar
- Nurul Shuhada kena 10 jahitan selepas tiga kali ditumbuk Hafidz Roshdi
- Anwar heret Awang ke mahkamah
- Permulaan baik untuk banyak perkara – Shafee
- Mahathir mungkin presiden baru Putra
- Terima kasih Hafidz untuk cacat kekal pada wajahku – Nurul
- Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca Bismillah?
- Dividen KWSP dijangka hanya 5.5 peratus
- Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
- Kriteria lelaki idaman Intan Serah
- Senarai penuh calon MKT UMNO yang bertanding pada pemilihan kali ini
- Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
- Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama
You must be logged in to post a comment.