Pesara guru dari Sarawak jutawan pertama BSN SSP 2023
Pesara guru dari Sarawak jutawan pertama BSN SSP 2023
Seorang pesara guru berumur 61 tahun dan anak watan Song, Sarawak telah dinobatkan sebagai jutawan pertama Cabutan Bank Simpanan Nasional (BSN) SSP bagi tahun 2023.
Beliau menyatakan permulaan simpanan beliau adalah di Cawangan BSN Song, satu-satunya bank di sana.
Katanya, beliau terus menambah simpanan dari semasa ke semasa sehingga dinobatkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan bulan Januari 2023, sekali gus membawa pulang ganjaran RM1 juta.
“Saya ingin menasihati orang ramai supaya membuat simpanan dalam BSN SSP supaya berpeluang menyertai cabutan dan memenangi pelbagai hadiah yang lumayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BSN telah mengadakan Majlis Cabutan BSN SSP bagi bulan Januari pada 4 Februari 2023, di Kompleks PKNS Shah Alam sekaligus mengumumkan pemenang kategori Cabutan Jutawan pertama bagi tahun 2023.
Kini, BSN telah melahirkan seramai 84 orang jutawan BSN SSP sejak ganjaran RM1 juta diperkenalkan.
Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata BSN terus menambah baik produk BSN SSP supaya sentiasa kompetitif melalui penawaran jumlah hadiah dan kategori yang lebih banyak pada tahun 2023.
Katanya, ini adalah usaha berterusan mereka dalam menggalakkan orang ramai menyimpan di samping berpeluang memenangi lebih banyak ganjaran yang ditawarkan.
“BSN juga memperkasakan rangkuman kewangan rakyat Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan perbankan yang menyeluruh.
“Jaringan perkhidmatan kami turut akan diperluaskan lagi supaya lebih ramai masyarakat dapat menikmati akses perbankan inklusif seiring dengan visi kami, tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan,” katanya.
BSN memperkenalkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah menarik untuk tahun 2023.
Jumlah hadiah BSN SSP juga turut ditambah baik yang man bernilai RM27 juta pada tahun ini untuk lebih 18,000 pemenang termasuk BMW 320i M sport, Perodua Myvi dan banyak lagi.
Pada tahun 2023 juga, BSN menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk kategori cabutan lain termasuk Cabutan Bulanan, Cabutan Wilayah, Cabutan Penyimpan Muda, Cabutan Kesetiaan, Cabutan Penyimpan Baharu, Cabutan Guru, Cabutan Akaun Gaji, Cabutan Kasih dan Cabutan Simpanan Konsisten.
BSN SSP menawarkan kebaikan tiga dalam satu; menyimpan, menang hadiah dan peroleh kadar keuntungan simpanan menarik sehingga 2.40 peratus setahun melalui BSN SSP Platinum.
Sehingga Disember 2022, BSN SSP terus mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia dengan jumlah simpanan hampir RM5 bilion. BH
Pesara guru dari Sarawak jutawan pertama BSN SSP 2023
Baca Artikel Menarik:
- Biar Hadi terus merancang dan mengigau – Anwar
- Nurul Shuhada kena 10 jahitan selepas tiga kali ditumbuk Hafidz Roshdi
- Anwar heret Awang ke mahkamah
- Permulaan baik untuk banyak perkara – Shafee
- Mahathir mungkin presiden baru Putra
- Terima kasih Hafidz untuk cacat kekal pada wajahku – Nurul
- Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca Bismillah?
- Dividen KWSP dijangka hanya 5.5 peratus
- Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
- Kriteria lelaki idaman Intan Serah
- Senarai penuh calon MKT UMNO yang bertanding pada pemilihan kali ini
- Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
- Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama
You must be logged in to post a comment.