Parlimen Eropah larang guna TikTok

Ia menjadi institusi terbaru EU mengeluarkan arahan itu atas sebab keselamatan.

Parlimen Eropah larang guna TikTok

BRUSSELS: Parlimen Eropah mengharamkan kakitangannya menggunakan aplikasi perkongsian video TikTok atas sebab keselamatan, kata seorang pegawai EU hari ini.

Larangan itu turut terpakai untuk peranti peribadi yang dimuatkan emel parlimen dan akses rangkaian lain, kata pegawai itu. Tambahnya keputusan itu dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Suruhanjaya Eropah dan Majlis EU minggu lalu melarang kakitangan menggunakan TikTok di telefon bimbit mereka, yang mengetengahkan kebimbangan terhadap syarikat dimiliki firma China, ByteDance.

Wujud juga kebimbangan sama ada kerajaan China boleh menggunakan aplikasinya untuk mengumpul data atau mengetengahkan kepentingannya.

Beijing berulang kali menafikan perkara itu.

TikTok diharamkan penggunaannya dalam peranti milik kakitangan kerajaan Senat US, dan Kanada turut membuat keputusan sama semalam.

India juga mengharamkan penggunaan aplikasi itu.

Parlimen Eropah larang guna TikTok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker