Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
KUALA LUMPUR – Tiga calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO ditolak dalam pemilihan parti ini bagi sesi 2023-2023.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan itu diambil berikutan kesemua individu itu tidak memenuhi kelayakan perlembagaan parti.
“Yang kita tolak Ketua Pemuda tiga (calon) atas (faktor) kelayakan yang tidak memenuhi perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses cabutan nombor undi di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Khamis.
Bagaimanapun Shahrir tidak menjelaskan lebih lanjut senarai tiga calon yang telah ditolak itu.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan lapan calon sah bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti bagi sesi kali ini.
Dua calon itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan bertanding bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti berkenaan.
Calon lain termasuk tiga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tiga calon lagi adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaludin.
Dalam pada itu, enam calon disahkan merebut jawatan Ketua Puteri UMNO iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun dan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi.
Tiga calon lain adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Exco Puteri UMNO, Fadwah Anuwar dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan.
Dalam perkembangan sama, seramai empat calon mengesahkan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda.
Mereka merupakan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau; Dr Muhamad Akmal Saleh; Ahli MKT UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Meor Hassan Mat Ali.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bendahari Agung Bersatu direman SPRM
- Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar
- Fasha Sandha kena belasah?
- Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN
- Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal
- Tengku Zafrul kini Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
- SPRM tahan Profesor atas dakwaan penyelewengan
- Bekas kekasih dapat suami botak buat lelaki puas hati
- Lelaki tepuk punggung lembu jatuh terbelit tali
- Rumah teres jadi ‘port’ bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu
- Banjir Johor: TMJ dan Raja Muda turun santuni rakyat
- Banjir Johor: 42 kampung dan taman perumahan di Kluang tenggelam [VIDEO]
- Wanita muda akui bahagia kahwini lelaki tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET