Lelaki tempah khidmat seks dirompak suami pelacur

 

Gambar Hiasan

Hasrat seorang lelaki di Thailand untuk melanggan pelacur terbantut apabila dia dirompak suami wanita berkenaan di Khon Kaen, wilayah Isaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pasangan penjenayah itu ditahan pada Isnin lalu yang turut membawa kepada penahanan 10 pelacur lain. Oleh kerana mangsa tidak membuat laporan polis, dua suspek tersebut hanya menerima hukuman ringan.

Mangsa menceritakan pengalamannya di halaman Facebook berita tempatan, Khon Kaen Link. Dia mendakwa bertemu pelacur yang dikenali sebagai Wilaiporn atau Oil berusia 21 tahun itu di tepi jalan di hadapan Mahkamah Wilayah Khon Kaen pada 20 Februari lalu.

Setelah bersetuju dengan tawaran Oil, mangsa membawanya ke hotel berdekatan. Bagaimanapun, pelacur itu menghubungi suaminya, Roongroj atau Noom, 45, dan memberitahu lokasi hotel itu.

Noom kemudian merompak lelaki itu selain mengugut menggunakan pistol supaya mangsa menyerahkan wang dan asetnya. Jumlah sebenar kerugian tidak dilaporkan.

Selepas kisah itu tular, lebih 20 anggota polis dari Balai Polis Mueang Khon Kaen menyerbu lokasi yang dinyatakan pada 25 Februari lalu.

Mereka tidak menemui Oil di hotel tersebut tetapi berjaya menahan 10 pelacur lain, seorang lelaki dan sembilan wanita kerana menawarkan khidmat seks secara haram.

Polis akhirnya menahan Oil dan Noom Isnin lalu ketika pasangan itu merancang memperdaya mangsa seterusnya di Jalan Thepharak wilayah itu. Mereka turut diuji positif Yaba atau metamfetamin.

Menurut polis, mangsa tidak memfailkan aduan dan pihaknya tiada bukti rompakan, jadi tuduhan mencuri terhadap pasangan itu gagal difailkan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker