Tidak mahu pecah undi, Ahmad Maslan pertahan kedudukan MKT
Tidak mahu pecah undi, Ahmad Maslan pertahan kedudukan MKT
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan kali ini walaupun terdapat permintaan agar beliau bertanding jawatan Naib Presiden.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu memecahkan undi perwakilan Johor yang kini menyaksikan tiga calon dari negeri berkenaan bertanding merebut jawatan berkenaan.
“Di utara sudah ada Tok Det (Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid), di Tengah ada Datuk Jo (Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani), Pahang ada seorang (Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail).
“Cukuplah sekadar itu, saya tak perlu menambah jadi empat bagi Johor, nanti seorang pun tak menang.
“Jadi, saya bertanding mempertahankan MKT yang sebelum ini saya menang pada pemilihan 2018,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Ahmad, beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian yang kini disandang oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad.
“Di (peringkat) bahagian, saya akan berlawan persahabatan dengan Hasni, beliau Ketua Bahagian sudah lebih 20 tahun, jadi saya kira, saya ingin menawarkan diri supaya difikirkan oleh perwakilan untuk bahagian Pontian,” katanya.
Sehingga pencalonan ditutup semalam, tujuh calon mengesahkan bertanding bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO.
Tujuh pemimpin itu termasuk dua penyandang iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir.
Sementara itu, Ahmad merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas sumbangannya terhadap parti dan khidmatnya sebagai Naib Presiden.
Ujarnya, Ismail Sabri satu-satunya Naib Presiden UMNO yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti kali ini.
“Itu pilihan beliau… membuat satu keputusan yang besar bagi dirinya (tidak pertahan jawatan)…saya ucap terima kasih atas segala khidmat beliau sebelum ini.
“Saya kira beliau tidak mahu lagi bertanding, mungkin beliau telah sampai ke puncak dalam karier politiknya sebagai Perdana Menteri.
“Beliau kini bersama dengan bekas Perdana Menteri yang ada lagi beberapa orang… terima kasih atas segala khidmat beliau sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri kesembilan,” tambahnya.
Ismail Sabri juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera yang disandangnya. MG
Tidak mahu pecah undi, Ahmad Maslan pertahan kedudukan MKT
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri
You must be logged in to post a comment.