Messi, Putellas menang anugerah terbaik FIFA
Messi, Putellas menang anugerah terbaik FIFA
Lionel Messi memenangi anugerah pemain lelaki terbaik FIFA 2022 susulan kejayaannya menjuarai Piala Dunia bersama Argentina, manakala Alexia Putellas dari Sepanyol mengekalkan gelaran pemain terbaik wanita.
Messi menewaskan rakan sepasukan Paris Saint-Germain dan pesaing final Piala Dunia dari Perancis, Kylian Mbappe dengan pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema seorang lagi calon untuk anugerah berkenaan.
Ia adalah kali kedua Messi memenangi anugerah yang diperkenalkan FIFA pada tahun 2016 selepas badan induk bola sepak dunia itu menamatkan kerjasama dengan penganjur Ballon d’Or, France Football.
Anugerah yang dihakimi oleh kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan, wartawan serta peminat itu, menobatkan Messi sebagai pemenang selepas bekas bintang Barcelona itu melengkapkan karier gemilangnya dengan kejayaan di Piala Dunia tahun lalu.
Messi meledak dua kali dalam aksi final di Doha ketika Argentina menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti, walaupun Mbappe menjaringkan hatrik untuk Les Bleus bagi mengikat kedudukan 3-3.
Dia turut meraih Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan, mengatasi Mbappe yang muncul penjaring terbanyak dengan lapan gol, satu mengatasi Messi.
“Tahun ini cukup gila buat saya, mencapai impian saya yang saya perjuangkan selama ini. Akhirnya saya berjaya meraihnya dan ia perkara paling indah dalam karier saya.
“Ia adalah impian setiap pemain bola sepak tetapi hanya sedikit yang mampu merealisasikannya,” kata Messi selepas menerima anugerah berkenaan.
Sementara itu, Putellas mengekalkan anugerah untuk kategori wanita walaupun tidak beraksi sepenuhnya musim lalu akibat kecederaan.
Kejayaan Argentina di Piala Dunia Qatar turut menobatkan Lionel Scaloni sebagai jurulatih terbaik pasukan lelaki dan Emiliano Martinez memenangi anugerah penjaga gol lelaki terbaik.
Pengendali skuad wanita England yang memenangi Kejuaraan Eropah, Sarina Wiegman dari Belanda meraih anugerah jurulatih terbaik wanita manakala Mary Earps dinobatkan penjagol gol wanita terbaik.
Pemain Poland, Marcin Oleksy yang kudung sebelah kaki, mengungguli Anugerah Puskas untuk gol terbaik sepanjang tahun lalu. – AFP
Messi, Putellas menang anugerah terbaik FIFA
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri