Isteri ‘Queen Control’ dera suami selama 20 tahun

Seorang wanita di Britain yang meneguk tiga botol wain sehari dihukum penjara selepas didapati bersalah menyeksa suaminya selama 20 tahun, lapor akhbar Daily Star.

Shree Spencer, 45, mendera suaminya secara serius sehingga lelaki itu mengalami kecederaan pada telinga, manakala sikunya patah. Butiran kes itu didedahkan di Mahkamah Hull Crown minggu lepas.

Wanita itu mengaku bersalah memaksa dan mengawal suaminya yang mendakwa bahawa dia ‘dikurung’ oleh isterinya  antara Januari 2016 hingga Jun 2021.

Perbuatan Shree sangat kejam sehingga dia pernah memukul kepala suaminya dengan gelas wain dan mencekik leher lelaki tersebut.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu menyerahkan 43 gambar, 36 klip video dan sembilan rakaman telefon bimbit kepada polis sebelum perbuatan isterinya terbongkar.

Suaminya dalam satu kenyataan berkata, dia menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental selama 20 tahun.

“Dia mengancam untuk membuat dakwaan palsu mengenai saya kepada polis. Saya takut jika bersuara. Dia terus mengawal saya,” jelas lelaki itu.

Peguam Shree, Richard Pratt menggelar kes itu sebagai ‘mengejutkan dan menyusahkan’, sambil menambah bahawa alkohol memainkan peranan penting dalam kes tersebut.

Campuran alkohol dan ubat menyebabkan wanita itu berkelakuan sedemikian sehingga mengakibatkan kesakitan dan penghinaan kepada suaminya.

Shree dikenakan perintah untuk tidak mendekati suaminya sepanjang hayat dan  tersenyum aneh ketika dibawa untuk menjalani hukuman penjara selama  empat tahun. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker