Anwar dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi bertemu bincang tambah kuota

 

Anwar menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di Bangunan Perdana Putra. -Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang berada di negara ini sempena lawatan kerja tiga hari bermula Ahad, di Perdana Putra di sini.

Anwar dan Tawfiq mengadakan pertemuan kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Semalam, Mohd Na’im dalam pertemuannya bersama Tawfiq telah menyampaikan hasrat Malaysia kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan, selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.

Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600.

Tawfiq dalam lawatan kerja ke Malaysia turut menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, atas sumbangan besar beliau dalam penyelarasan haji dan umrah. – Bernama

Artikel Berkaitan:

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker