Rasa lain sikit belanjawan tahun ini – Tengku Zafrul

Rasa lain sikit belanjawan tahun ini – Tengku Zafrul

‘Rasa lain sikit belanjawan tahun ini’.

Itu kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, kelainan itu bukanlah disebabkan jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan sebaliknya kerana mendengar pembentangan daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Usually (selalunya) saya yang bentang, tapi kali ini saya yang dengar pula,” kata bekas Menteri Kewangan itu sambil berkongsi emoji wajah ketawa sehingga keluar peluh.

Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika pentabiran Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada tahun 2020 dan 2021.

Perkhidmatan beliau sebagai Menteri Kewangan disambung oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengambil alih pentadbiran negara pada Ogos 2021.

Beliau berkesempatan membuat pembentangan belanjawan negara sebanyak tiga kali iaitu untuk tahun 2021, 2022 dan 2023.

Sementara itu, beliau menyambut baik belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar yang juga Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

“MITI sambut baik inisiatif-inisiatif yang diumumkan. Kami akan berusaha keras bagi memastikan segala perancangan ini dilaksanakan sebaiknya,” kata Tengku Zafrul di Twitter.

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar membentangkan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Anwar berkata, selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lepas. MG

Rasa lain sikit belanjawan tahun ini – Tengku Zafrul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker