MP ketakutan disaman Anwar – Shahidan

MP ketakutan disaman Anwar – Shahidan

Ahli Parlimen didakwa berada dalam keadaan ketakutan kerana tindakan saman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bangun membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat.



Menurut Shahidan, tindakan Perdana Menteri itu kini menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Berhubung dengan fear factor, ketakutan oleh kerana ramai ahli politik yang disaman.

“Ahli-ahli Parlimen tadi menyatakan ketakutan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Madani berhubung saman kepada ahli-ahli politik,” kata Shahidan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudiannya bertanya sama ada Ahli Parlimen Arau tersebut sudah menghantar usul berkaitan isu itu kepadanya untuk dibahaskan di Parlimen.



Johari meminta Shahidan untuk menulis usul terlebih dahulu sebelum membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.

“Yang itu YB dah masuk usul? Tak aci lah. Tulis dulu beri pada saya. Tak apa, tak apa, tulis dulu,” kata Johari.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar telah mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.

Ia berhubung kenyataan yang menuduh perdana menteri berdendam lebih teruk daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengamalkan pendakwaan berpilih.



Dakwaan Awang itu terkait dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM6.9 juta dihadapi Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kelmarin.

Selain Awang, Anwar telah memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Disember lalu.

Ahmad Amzad didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Sebelum itu dilaporkan Anwar turut mengambil tindakan sama terhadap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas beliau menuduh Anwar menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.



Anwar turut menyaman Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta menyokong ideologi komunis. MG

MP ketakutan disaman Anwar – Shahidan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker