Cuepacs perlu faham kekangan kewangan kerajaan – Zahid
Cuepacs perlu faham kekangan kewangan kerajaan – Zahid
Ahmad Zahid Hamidi meminta Kongres Kesatuan Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memahami kekangan kewangan yang sedang dihadapi kerajaan.
Timbalan perdana menteri itu berkata demikian selepas Cuepacs kecewa dengan kerajaan yang dilihat tidak mampu menyelesaikan tekanan kos sara hidup dihadapi penjawat awam.
Zahid berkata, kerajaan sentiasa berusaha memenuhi harapan dan permintaan penjawat awam di sebalik kekangan kewangan dialaminya.
Tetapi katanya,RM46 bilion daripada RM388.1 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 untuk membayar faedah hutang.
“Misalnya, emolumen dan wang pencen yang terpaksa dibayar…itu adalah kos tetap yang harus ditanggung pihak kerajaan.
“Saya fikir Cuepacs sebagai sebuah organisasi yang menjaga kepentingan penjawat awam tentu memahami situasi ini.
“Pada hemat saya, perdana menteri juga memberi keprihatinan tinggi kepada permintaan penjawat awam. Ini termasuk memberi bonus khas sebanyak RM700 sempena Aidilfitri dan RM350 bagi pesara,” katanya menurut Berita Harian.
Semalam, Presiden Cuepacs, Adnan Mat dilaporkan berkata, kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tidak memberikan sebarang komitmen untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah.
“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik begitu mendadak, terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan,” katanya dalam kenyataan. FMT
Cuepacs perlu faham kekangan kewangan kerajaan – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’