Reezal juga tanding naib presiden UMNO

Reezal juga tanding naib presiden UMNO

Kehadiran lebih ramai calon bersaing jawatan naib presiden Umno cukup menggalakkan dan baik untuk parti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Reezal Merican Naina Merican.

Dalam menjelaskan mengapa beliau memutuskan bertanding pada pemilihan parti akan datang, bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu, berkata persaingan merupakan perkara baik.

“Terdapat banyak kemungkinan, tetapi saya percaya dalam satu perkara, Umno memerlukan lebih banyak pilihan,” kata Reezal selepas menyerahkan borang pencalonannya di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu, berkata memandangkan dirinya tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, beliau boleh memberikan yang terbaik membantu Umno mengharungi cabarannya.

Reezal yang menganggap dirinya sebagai “sederhana” turut menggesa semua calon mengemukakan pencalonan bagi jawatan tiga naib presiden, memastikan persaingan kekal positif sepanjang masa.

“Sebarang cubaan untuk memberi imej negatif kepada mana-mana calon, sebaliknya hanya akan mencemarkan nama baik parti,” katanya sambil menasihati pesaingnya menjalankan “kempen secara sihat”.

Awal minggu ini, penyandang, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid yang pertama mengisytiharkan pencalonan masing-masing untuk jawatan itu. Mereka diikuti Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani dan Ahli MKT Anuar Nasarah.

Bagaimanapun, seorang lagi penyandang yang juga bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob masih belum menyatakan pendiriannya.

Spekulasi tersebar Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut mengintai jawatan naib presiden.

Pencalonan bagi pemilihan Umno akan ditutup esok.

Pemilihan jawatan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 11 Mac, manakala jawatankuasa bahagian, naib presiden, dan ahli MKT akan dipilih, pada 18 Mac. FMT

Reezal juga tanding naib presiden UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker