Pemilihan UMNO: Pertembungan jawatan Naib Presiden semakin sengit
KUALA LUMPUR: Persaingan merebut kerusi Naib Presiden UMNO semakin hangat apabila empat lagi pemimpin dalam parti itu mengesahkan bertanding jawatan berkenaan semalam.
Mereka yang menyerahkan borang sebagai pengesahan untuk bertanding ialah Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Hasni Mohammad dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Perkembangan itu menyaksikan enam nama setakat ini menawarkan diri untuk jawatan tersebut termasuk dua penyandang iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Mahdzir Khalid yang sudah mengesahkan bertanding mempertahankannya.
Seorang lagi penyandang yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga kini belum menyatakan pendirian beliau.
KETUA WANITA
Dalam pada itu, perebutan kerusi Ketua Wanita UMNO dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara penyandang, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan bekas Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Noraini menjadi pemimpin kedua yang menyerahkan borang pencalonan Ketua Wanita semalam selepas Shahrizat menyerahkan borang minggu lalu.
NAIB KETUA WANITA
Bagi kerusi Naib Ketua Wanita pula setakat ini menyaksikan dua persaingan termasuk penyandang sebelum ini, Datuk Norliza Abdul Rahim mempertahankan jawatan untuk pemilihan parti akan datang.
Pemimpin UMNO yang berhasrat merebut jawatan Naib Presiden UMNO dan jawatan lain, perlulah menghantar borang pencalonan menjelang Ahad ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad berkata, setakat Rabu, pihaknya telah menerima 158 borang pencalonan nama bagi merebut semua jawatan yang membabitkan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan semua jawatan dalam Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Menurutnya, seramai 51 calon telah menghantar borang pencalonan bagi merebut 25 kerusi Majlis Tertinggi, dua calon Pengerusi Tetap dan enam calon Timbalan Pengerusi Tetap.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’
You must be logged in to post a comment.