Mahathir sah sertai PUTRA

Dr Mahathir Mohamad sah menyertai parti yang diasaskan Ibrahim Ali, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), bersama-sama 12 lagi yang telah keluar daripada Pejuang.

Antaranya Khairuddin Abu Hassan, yang memang dikenali sebagai ahli politik yang setia dengan bekas perdana menteri itu.

Perkara itu dimaklumkan bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin di Facebook, semalam.



“Semua G13 (bekas ahli) selamat mendaftar keahlian untuk meneruskan perjuangan di bawah Putra.

“Misi dan matlamat kita perlu jelas untuk menjayakan sesuatu perjuangan. Perjuangan utama ialah untuk penyatuan orang, parti dan pertubuhan Melayu,” katanya.

Pada minggu lalu, Mahathir berkata dia telah dipelawa untuk menjadi penasihat Putra dan tidak melihat sebab untuknya menolaknya.

“Jemputan untuk saya sertai parti Putra sesuai dengan perjuangan saya. Saya akan meneliti sama ada sesuai atau tidak dengan saya, kalau sesuai saya akan buat permohonan untuk menjadi ahli, kemudian kalau nak bagi saya jadi penasihat, bolehlah saya jadi penasihat,” katanya.



Mahathir bersama 12 lagi ahli Pejuang keluar parti selepas ia mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air (GTA).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker