Jika terdapat dakwaan salah laku terhadap hakim, siapakah yang akan membersihkan hakim?
Jika terdapat dakwaan salah laku terhadap hakim, siapakah yang akan membersihkan hakim?
Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam menetapkan protokol kepada badan penguat kuasa yang mahu menyiasat hakim, disifatkan melanggar prinsip pengasingan kuasa di antara kehakiman dan eksekutif.
Antara protokol ditetapkan termasuk badan penyiasat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan, ketika menyiasat dan sebelum pendakwa raya melakukan pendakwaan.
Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun, berpandangan protokol itu memperlihatkan seolah-olah institusi kehakiman cuba menceroboh bidang kuasa eksekutif.
Tegasnya, institusi kehakiman sepatutnya lebih terbuka dan mengalu-alukan siasatan oleh pihak penguat kuasa bagi memastikan tiada sebarang kesalahan dilakukan hakim, sekali gus memastikan institusi berkenaan bersih daripada salah laku.
Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun. – Foto FB
Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun. – Foto FB
“Dengan mengenakan protokol ini, adakah badan kehakiman tidak menceroboh bidang kuasa eksekutif? Jadi di manakah pengasingan kuasa di negara ini?
“Adakah badan kehakiman seolah-olah memaksa eksekutif untuk mengikut protokol pihaknya? Adakah badan kehakiman tidak campur tangan dalam siasatan SPRM?
“Jika terdapat dakwaan salah laku terhadap hakim, siapakah yang akan membersihkan hakim? Bagaimanakah badan kehakiman tahu bahawa hakim tidak melakukan sebarang kesalahan melainkan terdapat penyiasatan yang dijalankan oleh penyiasat?
“Bolehkah sesebuah institusi membersihkan diri sendiri? Seorang ketua jabatan seharusnya mengalu-alukan siasatan dan mengatakan bahawa pihaknya ingin mengetahui penemuan itu secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan mengeluarkan penghakiman bahawa SPRM dan badan siasatan lain berhak secara Perlembagaan untuk menjalankan siasatan.
Panel berkenaan juga berpandangan pihak pendakwa raya mempunyai kuasa memulakan prosiding jenayah terhadap hakim mahkamah atasan.
Bagaimanapun, mereka berpendirian, siasatan itu mesti dilakukan mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan badan kehakiman, antaranya badan siasatan mesti terlebih dahulu berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim berkenaan.
Selain itu, badan siasatan tidak boleh menghebahkan fakta siasatan tanpa kebenaran ketua hakim negara dan pendakwa raya mesti berunding dengan ketua hakim negara ketika siasatan, termasuk dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan.
Tengku Maimun berkata demikian dalam penghakiman terhadap permohonan dua peguam dan seorang aktivis untuk merujuk dua persoalan Perlembagaan berkaitan siasatan SPRM terhadap bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.
Shahbudin menegaskan protokol yang ditetapkan Mahkamah Persekutuan itu tidak pernah dibangkitkan dalam siasatan pihak berkuasa terhadap beberapa bekas hakim kanan dan ketua hakim negara sebelum ini.
Sebelum ini, katanya, Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga pernah menyiasat beberapa hakim kanan, namun tidak pernah disebut perlu memaklumkan kepada ketua hakim negara atau forum kehakiman.
“Kes bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin yang bercuti bersama seorang peguam terkenal adalah contoh kes pernah disiasat BPR. Malah BPR ketika itu didesak untuk menyiasat ketua hakim negara.
“Begitu juga, terdapat hakim kanan yang lain juga disiasat. Ketika itu, tiada satu pun forum kehakiman menyebut tentang protokol ini,” katanya. BH
Jika terdapat dakwaan salah laku terhadap hakim, siapakah yang akan membersihkan hakim?
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’
You must be logged in to post a comment.