Penunggang motosikal maut bergesel treler

TAPAH – Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 62 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat sini pada Khamis.

Dalam kemalangan sekitar 4.30 petang itu, Mohamed Suhimi Abd Kadir, 60, menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, terdapat treler muatan serbuk kimia cuba keluar dari simpang untuk menuju ke arah sama.

“Keadaan itu mengakibatkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar sisi kiri kenderaan berat tersebut.

“Mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan.

“Siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?

Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker