Cuepacs kecewa dengan Belanjawan 2023
Belanjawan 2023 tak mampu selesai kos sara hidup penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs kecewa dengan Belanjawan 2023
Belanjawan 2023 baharu dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi penjawat awam ketika ini, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yang kecewa dengan pembentangan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang tadi.
Presiden Adnan Mat berkata pentadbiran Anwar tidak memberikan sebarang komitmen untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam, melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam.
Ini supaya ia lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup, tambahnya.
“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik dengan begitu mendadak terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan, dan perumahan,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, kerajaan perlu memperhalusi semula permintaan penjawat awam yang berkaitan permasalahan kos sara hidup seperti mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan yang sehingga kini tiada sebarang perkembangan daripada kerajaan.
“Pengurangan cukai pendapatan golongan M40 sebenarnya tidak memberi impak besar kepada pendapatan boleh guna khususnya di kalangan penjawat awam. Ia tidak mampu menggambarkan situasi sebenar rakyat di luar sana.
“Penjawat awam ketika ini mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu memandangkan sistem yang digunapakai selama ini sudah lama tidak dikaji sejak November 2002, yang dikatakan tidak bersesuaian dengan persekitaran ekonomi semasa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kekecewaan mengenai hal-hal berkaitan pemilikan rumah di kalangan penjawat awam yang juga tidak diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023.
Katanya, kerajaan wajar memperkenalkan semula program perumahan mampu milik bagi penjawat awam sebagaimana yang dilaksanakan sebelum itu.
“Konsep rumah mampu milik seperti Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang dikhususkan kepada anggota ATM perlu diperluaskan kepada semua penjawat awam.
“Penjawat awam tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya. Akan tetapi, harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam,” katanya.
Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM700, ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
Menteri kewangan berkata, pesara kerajaan pula menerima bantuan sebanyak RM350 yang akan dibayar pada April ini.
Susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50% iaitu maksimum 90 hari, bagi membantu penjawat awam yang memerlukan.
Menurutnya, penjawat awam yang mempunyai isi rumah dengan pendapatan RM7,000 dan ke bawah, turut akan mendapat subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan. FMT
Cuepacs kecewa dengan Belanjawan 2023
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’