5 keutamaan bulan Syaaban yang perlu diamalkan

5 keutamaan bulan Syaaban yang perlu diamalkan

Para ulama mengatakan Rejab adalah bulan Istighfar, manakala Syaaban adalah bulan berselawat, manakala Ramadan adalah bulan menghidupkan al-Quran. Syaaban berasal dari perkataan Syi’b yang bermaksud berkelompok.

Istilah ini merujuk kepada kisah apabila masuknya bulan Syaaban ini orang-orang Arab akan Kembali ke kelompok (suku) mereka masing-masing setelah sebelumnya di bulan Rejab mereka berdiam diri di rumah masing-masing.



Keutamaan bulan Syaaban perlu diketahui oleh semua umat muslim. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa bulan Syaaban adalah bulan yang sering dilalaikan oleh manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Itu adalah bulan yang sering dilalaikan oleh manusia antara Rejab dan Ramadan, yang merupakan bulan di mana amal-amal diangkat kepada Allah S.W.T. Maka aku suka agar amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa” (HR an-Nasa’ie)

Adapun keutamaan bulan Syaaban adalah:

Pertama: Bulan berpuasa Baginda s.a.w. A’isyah r.ha berkata tentang kebiasaan Rasulullah s.a.w. dibulan Syaaban,



“Belum pernah Nabi s.a.w. berpuasa satu bulan yang lebih banyak daripada puasa bulan Syaaban” (HR Bukhari)

Kedua: Amalan manusia diangkat ke langit.

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah S.W.T.: amalan tahunan diangkat pada bulan Syaaban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda s.a.w. dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis” (Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi sunan Abi Daud)

Ketiga: Turunnya perintah berselawat iaitu surah al-Ahzab ayat 56



“Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi Muhammad s.a.w. wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”

Keempat: Doa dikabulkan di malam nisfu Syaaban. Diriwayatkan imam al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubro bahawa Imam Syafie telah berkata, “Telah sampai kepada kami bahawa doa dikabulkan oleh Allah ta’ala pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam Aidilfitri, malam Aidiladha, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Kelima: Perubahan kiblat umat Islam dari Masjidil Aqsa ke Baitullah Mekah. Menurut al-Qurtubi Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengubah arah kiblat pada malam Selasa bertepatan malam nisfu Syaaban. Firman Allah surah al-Baqarah: 144,

“Sungguh kami melihat wajahmu kerap menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkanmu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram” Utv



5 keutamaan bulan Syaaban yang perlu diamalkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker