Motosikal bertembung, nelayan rentung
Motosikal bertembung, nelayan rentung
PANTAI REMIS: Seorang nelayan rentung selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah lagi motosikal sebelum terbakar di Batu 17 Pantai Remis, dekat sini, pagi tadi.
Ramli Abdul Hamid, 60, yang menunggang Yamaha Sport maut di tempat kejadian, manakala penunggang Modenas Kriss, Mohamad Tahir Selamat, 39, cedera parah akibat terbakar.
Difahamkan, Ramli dalam perjalanan ke Pangkalan Baharu, di sini, tempat botnya dilabuhkan, sambil membawa tong berisi 20 liter petrol untuk ke laut.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan jam 7.20 pagi.
“Siasatan awal mendapati penunggang Modenas Kris dari arah Panchor menghala Pantai Remis dan penunggang Yamaha Sport dari arah bertentangan telah berlanggar selepas penunggang Yamaha Sport membelok ke simpang kiri secara mengejut.
“Semasa kejadian, penunggang motosikal Yamaha Sport membawa tong berisi minyak petrol 20 liter. Akibat pelanggaran, kedua-dua motosikal dan kedua-dua mangsa terbakar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nor Omar berkata, Ramli rentung dan maut di tempat kejadian, manakala Mohamad Tahir cedera parah dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540. BH
Motosikal bertembung, nelayan rentung
Baca Artikel Menarik:
- Nasib Muhyiddin akan ditentukan Jabatan Peguam Negara
- Pelajar Tingkatan 1 Dah Pandai ‘Sexting’
- Tolong jangan kecam cucu saya
- Hishammuddin tak akan rayu, beri 4 sebab
- Pengguna TikTok tuduh SPRM tawar RM10 juta ditahan
- Kejutan manis buat Abah, Ma
- Awang Hitam dan Jelutung raja buaya Kuala Linggi
- Saya tiada kuasa, terpulang kepada SPRM – Tok Mat
- 31 Tahun Sudirman Tinggalkan Kita, Tetap Dalam Kenangan
- Bawa pedang kayu pun tak boleh – Hadi
- Falcao bakal sertai JDT?
- Kereta rempuh penghadang jalan, pegawai polis putus kepala
- Penduduk India, Pakistan, Peru, China berdepan banjir besar akibat pencairan glasier
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah