Langgar lari: Polis minta saksi tampil bantu siasatan

KLANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes langgar lari melibatkan seorang wanita di hadapan pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) tampil menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa berusia 27 tahun itu merupakan kakitangan MPK telah dilanggar semasa melintas di garisan pejalan kaki di hadapan pejabat MPK sekitar jam 7.45 pagi Isnin dan penunggang motosikal terbabit bertindak melarikan diri.

Menurutnya, mangsa yang cedera di bahagian kaki dan tangan sebelah kiri telah membuat laporan polis manakala kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh menghubungi Sarjan Tuan Mohd Nazri Tuan Lah di talian 019-2822579 atau menyalurkan maklumat terus kepada Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3372 2222 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan suspek menunggang motosikal yang dipercayai jenis Yamaha Lagenda 115 berwarna merah atau hitam dan memakai jaket berwarna putih serta topi keledar berwarna hitam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker