Hans Isaac bakal cabar Zuraida di Ampang?

Hans Isaac bakal wakili PKR lawan Zuraida di Ampang?
November Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008.

Parlimen Ampang dan Gombak antara kawasan yang menjadi tumpuan serta perhatian rakyat, lebih-lebih lagi wakil rakyatnya kini bersama parti pemerintah dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Boleh dikatakan ketika ini kedua-dua kerusi Parlimen itu tidak mempunyai wakil rakyat daripada PKR susulan kedua-dua penyandangnya telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas peristiwa Langkah Sheraton.

Saya minum ini sebelum tidur & turun 2 kg dalam semalam!
Walaupun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dikatakan boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang namun pengganti bagi kedua-dua Parlimen belum diketahui sehingga sekarang.



Namun ada cakap-cakap mengatakan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac disebut-sebut sebagai calon Parlimen Ampang namun beliau sehingga kini masih mengunci mulut.

“Itu bukan kepada saya untuk mengatakan apa-apa, saya buat kerja di Ampang dengan pasukan saya. Itu terpulang kepada parti, terpulang kepada presiden, terpulang kepada orang lain, bukan kepada saya.

“Saya hanya boleh buat kerja di Ampang ini,” katanya yang juga ahli PKR ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabatnya di Tall Order Production Sdn Bhd hari ini.

Terdahulu Hans Isaac yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) Kami Budak Ampang menyerahkan sumbangan sebuah motosikal kepada seorang asnaf yang juga penduduk Ampang Jaya Selatan dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di sini.



Sementara itu, ketika ini Hans Isaac yang juga pelakon, pengarah dan penerbit sedang giat bersama NGO miliknya turun padang membantu rakyat sekitar Ampang yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

PKR boleh simpan angan-angan tawan Ampang, Gombak – Pegawai Zuraida



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker