Hujan lebat buat Bukit Tinggi dan Janda Baik dilanda banjir lumpur
Kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik, Bentong dilanda banjir lumpur ekoran hujan lebat pada petang Ahad.
Berdasarkan rakaman video kejadian yang ditularkan netizen di laman sosial Facebook menunjukkan arus deras turun dari kawasan tinggi hingga membanjiri kawasan rendah di pekan Bukit Tinggi.
Melalui rakaman video berdurasi 16 saat itu menunjukkan orang ramai cuba menyelamatkan kenderaan masing-masing bagi mengelak terperangkap dalam banjir tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman mengesahkan berhubung kejadian.
Beliau bersama Ahli Dewan Undangan Ketari, Su Keong Siong ke lokasi selepas mendapat maklumat berhubung kejadian.
“Berdasarkan maklumat disampaikan Ketua Balai Polis Bukit Tinggi, arus air mulai perlahan bagaimanapun penduduk di kawasan itu diminta sentiasa berjaga-jaga,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook berkongsi informasi penutupan sementara jalan dari simpang Janda Baik menghala ke Genting Sempah dan dari simpang Janda Baik turun ke Bukit Tinggi akibat jalan rosak.
“Pengguna boleh menggunakan jalan alternatif simpang Janda Baik ke Sekolah Menengah Bukit Tinggi,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang melaporkan Jalan Kuala Lumpur – Bentong (jalan lama) di lokasi 1.5 kilometer dari simpang Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan dari arah Genting Highlands ke Janda Baik ekoran jalan runtuh.
Runtuhan melibatkan laluan sepanjang 50 meter itu berpunca daripada kesan hakisan kepala air yang berlaku pada petang Ahad.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)
You must be logged in to post a comment.