Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan

Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan

Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan merogol seorang gadis di dalam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak di Ipoh, semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 2.30 pagi itu daripada mangsa yang berusia 19 tahun.

Dia berkata suspek yang berusia 23 tahun dan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah dekat situ direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan kes ini sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata pihaknya memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku oleh mana-mana warga Polis Diraja Malaysia.

Dia pada masa sama menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes itu sehingga menjejaskan siasatan pihak polis. Mk

Anggota polis cuba rogol remaja di stesen minyak ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah

Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew

Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker