Pengamal perubatan sangkal dakwaan Ali Puteh, bahan dijumpai untuk ‘pagar’ rumah
PETALING JAYA – Seorang pengamal perubatan menyangkal dakwaan pelawak, Ali Puteh yang mendakwa kakak ipar, Siti Norhidayah Mohd. Ali mengamalkan sihir dan ritual mistik.
Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pengamal perubatan yang dikenali sebagai Zaki Samsuddin itu menyatakan bahawa barang-barang yang ditemui Ali itu sebenarnya bahan untuk memagar rumah daripada gangguan syaitan.
Jelas beliau, kebiasaannya garam, lada hitam, daun bidara diguna pakai untuk tujuan memagar di rumah.
“Boleh jadi rumah itu baharu dipagar, tapi kebiasaannya, yang ditunjukkan Ali itu adalah kaedah atau bahan-bahan digunakan memagar rumah.
“Selain itu, balu arwah datang ke rumah bersama peguam dan peguam itu bukan seorang bomoh, tiada tanda-tanda sihir yang ada dekat situ,” katanya.
Mengulas lanjut kata Zaki, sekiranya Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan mendakwa itu perbuatan sihir, dia akan menemui ayam, kain kuning yang terikat serta bangkai haiwan.
“Kalau sihir tu, mungkin Ali akan nampak selain daripada itu seperti ayam atau kain kuning yang terikat, binatang-binatang yang mati.
“Ada juga orang menggunakan garam sebagai satu sumber sihir tetapi seperti yang kita lihat menerusi video perkongsian Ali, ia tidak ke arah sihir kerana kita tidak nampak ia daripada bahan-bahan yang ditunjukkan itu,” ujarnya.
Semalam, pelawak berusia 33 tahun itu dalam temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa Siti Norhidayah meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, limau dan lain-lain dipercayai untuk upacara tertentu.
Dakwa Ali lagi, wanita itu yang datang ke rumah arwah Abam di Gombak, Selangor dengan ditemani peguamnya mempunyai tujuan lain yang dapat dibuktikan menerusi penemuan barangan tersebut.
Daripada tinjauan Kosmo!, video berhubung dakwaan penemuan tersebut telah dibuang dalam Instagramnya.
Pada masa sama, Hidayah yang juga balu Abam berkongsi video menerusi TikTok mengenai kedatangannya ke rumah yang pernah didiami bersama suaminya itu tetapi tiada sesiapa membuka pintu walaupun sudah menunggu sejam.
Dalam hantaran tersebut, dia juga meminta pihak Ali menyegerakan bayaran sebanyak RM60,000 seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.–
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)