New Zealand tempat paling selamat jika perang nuklear berlaku
New Zealand tempat paling selamat jika perang nuklear berlaku
Satu kajian mendapati penduduk yang tinggal di kawasan tertentu di dunia mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup sekiranya ‘kiamat’ nuklear berlaku, lapor laman berita Wion News semalam.
Kajian diterbitkan dalam jurnal Risk Analysis itu menyenaraikan beberapa kawasan termasuk Australia, New Zealand, Iceland dan dua negara pulau di Lautan Pasifik iaitu Solomon serta Vanuatu.
Negara-negara itu diramal mampu menghasilkan makanan mencukupi untuk penduduk masing-masing iaitu faktor utama dalam memulihkan tamadun manusia selepas perang nuklear berlaku.
Pasukan penyelidik telah membandingkan 38 negara kepulauan berdasarkan 13 faktor untuk meramalkan kawasan yang mempunyai peluang terbaik untuk bertahan dalam dunia pasca perang nuklear.
Australia dan New Zealand menunjukkan prestasi terbaik dalam analisis tersebut kerana berada di lokasi yang jauh dari tempat yang berisiko mencetuskan perang nuklear.
Selain itu, Australia mendapat skor tinggi kerana mempunyai infrastruktur baik, lebihan tenaga yang besar, keselamatan kesihatan yang tinggi dan banyak lagi.
Bagaimanapun, hubungan rapat negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain menjadikannya terdedah kepada serangan nuklear. Berdasarkan aspek tersebut, New Zealand didakwa lebih bernasib baik. K Online
New Zealand tempat paling selamat jika perang nuklear berlaku
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)