Saintis terkejut, Matahari hilang awannya

Saintis terkejut, Matahari hilang awannya

WASHINGTON – Satu klip video menunjukkan filamen gergasi plasma ‘terputus’ di Kutub Utara Matahari dirakam oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam peristiwa yang tidak pernah dilihat sebelum ini, menyebabkan saintis-saintis keliru, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman itu menunjukkan filamen gergasi plasma atau gas berelektrik terpercik keluar dari Matahari, terpisah dan kemudian beredar dalam pusaran besar kutubnya.

Walaupun ahli-ahli astronomi keliru, mereka membuat spekulasi bahawa penonjolan itu ada kaitan dengan pembalikan medan magnet Matahari yang berlaku sekali bagi setiap kitaran suria.

Video itu dikongsi di laman Twitter oleh peramal cuaca angkasa lepas, Tamitha Skov yang berkata, klip video tersebut diambil daripada Balai Cerap Dinamik Suria milik NASA.

“Bercakap tentang pusaran kutub! Bahan dari bahagian utara (Matahari) baru sahaja terputus dari filamen utama dan kini beredar dalam pusaran kutub besar di sekitar kutub utara bintang kita,” ciapnya.

NASA menggambarkan bahawa filamen suria sebagai awan zarah bercas yang terapung di atas Matahari selain ditambat padanya oleh daya magnet. K Online

Saintis terkejut, Matahari hilang awannya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker