Restoran Asam Pedas Menu Rahmah di Melaka
Restoran Asam Pedas Menu Rahmah di Melaka
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri mengesahkan bahawa sebanyak 25 buah restoran dan gerai makan di Melaka telah bersetuju untuk menawarkan Menu Rahmah. Antara yang turut serta adalah Restoran Asam Pedas Selera Kampung di Banda Hilir.
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, pihaknya sedang berurusan dengan persatuan-persatuan peniaga, susulan wujud kekeliruan mengenai mekanisme pelaksanaan Menu Rahmah mengikut kemampuan masing-masing.
“Setakat ini 25 peniaga makanan bersetuju, namun kita menyasarkan untuk satu-satu kawasan penempatan itu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kedai makanan menawarkan Menu Rahmah, kita dalam proses ke arah itu.
“Kita sedang berurusan dengan persatuan-persatuan peniaga, setakat ini ramai yang berminat namun keliru dengan pelaksanaan termasuk tanggapan menu ini perlu diadakan setiap hari, tetapi sebenarnya ia bergantung kepada kemampuan mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.
Sementara itu, pemilik Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Saharudin Mohd. Nor, 56, mengakui berdepan cabaran untuk menyediakan hidangan sepinggan lengkap pada harga RM5.
Katanya, Menu Rahmah yang ditawarkan setakat ini melibatkan tiga jenis hidangan iaitu set asam pedas ikan, ayam dan daging tetel.
Jelasnya, ia hanya ditawarkan kepada 100 pelanggan pertama pada setiap Isnin dan Khamis.
“Saya anggap ini adalah kebajikan kepada masyarakat, walaupun murah namun kualiti hidangan adalah setanding menu biasa, cuma kita sesuaikan saiz hidangan sahaja dengan harga RM5 itu,” katanya.
Sumber: Utusan
Restoran Asam Pedas Menu Rahmah di Melaka
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)