Pandu lori remuk sambil tahan kesakitan demi nyawa kelindan

Pandu lori remuk sambil tahan kesakitan demi nyawa kelindan

Jitra: Seorang lelaki memandu lori yang remuk sambil menahan kesakitan demi membawa kelindannya yang cedera parah ke Hospital Jitra (HJ) sejurus selepas kemalangan.

Video yang ditular di TikTok sejak semalam itu menunjukkan pemandu berkenaan kelihatan cemas selepas melihat kelindannya tersepit akibat kemalangan itu.



Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 7 Februari lalu.

Beliau berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku membabitkan lori berkenaan dengan sebuah mesin padi di Jalan Sungai Korok.

“Bagaimanapun, pihak hospital tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kes ini.

“Pesakit dipercayai memandu sendiri lori berkenaan ke HJ dan berhenti betul-betul di hadapan Unit Kecemasan dan Trauma hospital.



“Anggota kecemasan kemudian membantu segera serta mengeluarkan pesakit dari lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Othman berkata, pemandu lori terbabit mengalami kecederaan ringan manakala kelindan lori tersepit di bahagian tempat duduk dan berjaya dikeluarkan.

“Pesakit (kelindan) dibawa dengan segera ke Zon Merah untuk diberi rawatan manakala pemandu lori diberi rawatan sebagai pesakit luar.

“Kelindan lori mengalami kecederaan dalam abdomen dan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut,” katanya. HM



Pandu lori remuk sambil tahan kesakitan demi nyawa kelindan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)



Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker