Kerajaan peroleh 54 markah, Anwar pula dapat 68 peratus
Kerajaan peroleh 54 markah, Anwar pula dapat 68 peratus
Lebih dua pertiga rakyat memberikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim penarafan positif dalam tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Centre selepas bulan kedua dia menerajui pentadbiran di Putrajaya.
Penarafan itu dicapai atas sokongan 73 peratus masyarakat Cina, 91 peratus etnik India, kira-kira 70 peratus bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan 60 peratus lagi kaum Melayu.
Hanya 20 peratus sahaja yang melaporkan rasa tidak puas hati dengan prestasinya.
Tinjauan yang membabitkan 1,209 responden ini juga menyaksikan 54 peratus berpuas hati dengan prestasi baharu kerajaan persekutuan, manakala hanya 25 peratus berkata mereka tidak berpuas hati.
Kerajaan persekutuan memperoleh maklum balas positif daripada 67 peratus etnik India, 65 peratus Cina, 42 peratus Bumiputera bukan Islam, 39 Bumiputera Islam, dan 48 peratus etnik Melayu di seluruh negara.
Pada masa yang sama, menurut Merdeka Centre, bahawa hampir satu perempat daripada responden mengelak daripada memberikan pandangan mereka, atau menunjukkan sikap berhati-hati.
Namun di sebalik itu, ramai juga meluahkan keyakinan mereka seperti yang dinyatakan ini:-
Seramai 48 peratus rakyat percaya bahawa negara kini menuju ke arah yang betul, berbanding dengan hanya 20 peratus semasa kajian yang dijalankan pada Oktober 2022.
Sebanyak 43 peratus rakyat menyatakan keyakinan tentang ekonomi negara pada tahun akan datang, meningkat daripada 23 peratus pada Oktober 2022.
Sejumlah 38 peratus pula optimis tentang prospek kewangan peribadi mereka berbanding 26 peartus semasa kajian pada Oktober 2022.
Tinjauan sepanjang tempoh 26 Disember tahun lalu sehingga 15 Januari ini juga mendapati bahawa majoriti besar, iaitu 79 peratus pengundi mengalu-alukan keputusan pilihan raya ke-15, tahun lalu.
Sebanyak 83 peratus responden berkata mereka menerima keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.
Sebanyak 77 peratus pula percaya bahawa kerajaan perpaduan boleh membawa kestabilan dan keterangkuman dalam politik negara;
Dapatan lain adalah seperti berikut:-
* 75 peratus menerima keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk kekal sebagai pembangkang; dan
* 66 peratus menerima keputusan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH). Mk
Kerajaan peroleh 54 markah, Anwar pula dapat 68 peratus
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Unta mati dibelasah selepas kunyah kepala pemilik
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)