Hasmuni umum tanding ketua Pemuda Umno
Hasmuni umum tanding ketua Pemuda Umno
Setiausaha Pemuda Umno Hasmuni Hassan menawarkan diri bertanding ketua Pemuda dalam pemilihan parti akan datang.
Hasmuni turut mengumumkan barisan pasukannya yang akan bertanding dalam pemilihan sayap itu, antaranya Adun Larkin Hairi Mad Shah sebagai calon naib ketua Pemuda.
Beliau memaklumkan barisan itu sebagai pasukan “berani bangkit” yang akan bertanding termasuk berebut 20 jawatan Exco yang rata-rata ditandingi calon berusia bawah 40 tahun.
Selain Hairi, Hasmuni mengumumkan Adun Merlimau Muhamad Akmal Salleh yang akan dilantik sebagai setiausaha Pemuda, Mohd Naib Mokhtar sebagai bendahari dan Mohd Sollehin Tajie dilantik ketua penerangan jika pasukannya memenangi pemilihan kali ini.
“Sasaran pasukan sekiranya menang menerajui sayap Pemuda Umno ialah untuk parti menang kembali pada PRU16 dan menarik sokongan anak muda kembali kepada Umno dan BN,” katanya pada sidang media.
Hasmuni mengumumkan barisan pasukannya itu hari ini selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Armand Azha Abu Hanifah, terlebih dahulu menawarkan diri bertanding merebut jawatan sama.
Mengulas lanjut, Hasmuni menolak dakwaan barisan pasukan yang diumumkan adalah kumpulan pro-presiden Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya mereka tidak memihak kepada mana-mana kumpulan dalam Umno.
“Kem ini mempunyai semangat bangkit kembali yang dibawa selepas PRU14 dan PRU15, selepas kita kalah dan akan teruskan semangat terus bangkit, jadi tak timbul isu pro-presiden atau mana-mana kumpulan dalam Umno,” katanya.
Mengulas bakal lawannya, Armand yang turut mengumumkan hasrat bertanding jawatan itu, Hasmuni berkata pihaknya menghormati pendirian mana-mana individu untuk bertanding sekiranya layak.
Sementara itu, Akmal yang turut menghadiri sidang media itu mengumumkan pembatalan hasrat bertanding jawatan ketua Pemuda dan memberi laluan kepada Hasmuni untuk menerajui sayap itu.
“Keputusan saya tidak jadi bertanding tidak dipujuk sesiapa sebaliknya dibuat atas semangat pasukan,” katanya.
Penyandang ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu dan memberi laluan kepada muka baharu. FMT
Hasmuni umum tanding ketua Pemuda Umno
Baca Artikel Menarik:
- Fadhli dan Peja tak sepakat dalam kes penggantungan Hanis
- Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya
- Adun DAP mahu universiti longgarkan kod berpakaian
- Tak elok bila menang lupa janji, Hassan tegur Anwar
- Doktor disyaki cabul pesakit kanak-kanak ditahan polis
- Tidak perlu lekat ‘road tax’ di cermin untuk kenderaan persendirian
- Dakwaan beri kontrak pada syarikat menantu, Muhyiddin melompat
- Tak perlu bawa lesen memandu secara fizikal
- Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar
- Anak Razman dedah punca ayahnya mohon maaf kepada Anwar
- Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion
- Zahid jawab rungutan Ismail
- Digital road tax not a smart move
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo
Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)