Khairy Akan Pastikan Sungai Buloh Dikenali Dunia Sekiranya Menang Pada PRU15

"Sungai Buloh mesti jadi bertaraf dunia dan antarabangsa tuan-tuan dan puan-puan

Khairy Akan Pastikan Sungai Buloh Dikenali Dunia Sekiranya Menang Pada PRU15

Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mahu memastikan kawasan ditandinginya itu dikenali di peringkat dunia sekiranya memperoleh mandat daripada penduduk parlimen itu.

Menteri Kesihatan itu berkata janji itu akan direalisasikan menerusi tawaran pelbagai pendekatan antaranya melahirkan usahawan yang boleh menghasilkan produk beridentitikan Sungai Buloh serta menjadikan kelebihan kawasan berkenaan sebagai tapak semaian tumbuh-tumbuhan kepada satu tarikan antarabangsa.

“Selepas ini saya nak satu dunia tahu Sungai Buloh, di mana Sungai Buloh, apa dia Sungai Buloh tuan-tuan dan puan-puan. Takkan Sungai Buloh dikenali kerana Penjara Sungai Buloh dan Hospital Sungai Buloh sahaja?

“Sungai Buloh mesti jadi bertaraf dunia dan antarabangsa tuan-tuan dan puan-puan. Dulu pun ramai yang tak kenal Rambau, sekarang ini semua kenal Rembau,” kata bekas Ahli Parlimen Rembau itu ketika program ceramah “Kata Janji KJ” di Tapak Pasar Malam, Kampung Melayu Sungai Buloh malam tadi.

Beliau berkata sebagai kawasan yang mempunyai banyak potensi, Sungai Buloh harus dibawa ke masa depan yang cemerlang dan tidak boleh terperangkap selama-lamanya dengan ketiadaan “identiti” pembangunan yang boleh dibanggakan.

Pada PRU15 ini, Khairy akan ditentang enam calon iaitu Datuk R Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusoff (GTA-Pejuang) dan Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri.- BERNAMA

Khairy Akan Pastikan Sungai Buloh Dikenali Dunia Sekiranya Menang Pada PRU15

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker