Gagal tangani ‘tuntutan sulu’, Tommy Thomas fail permohonan batal saman Kerajaan Sabah

PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara Tommy Thomas memfailkan permohonan untuk membatalkan saman oleh sembilan plaintif termasuk dua timbalan ketua menteri Sabah yang mendakwanya gagal menangani pertikaian tuntutan ke atas Wilayah Borneo Utara oleh waris kesultanan Sulu.

Dalam emel kepada FMT, firma guaman Setzu & Co yang mewakili Thomas berkata, saman itu antara lain tidak mendedahkan sebarang kausa tuntutan munasabah; melampau, remeh dan menyusahkan; selain satu penyalahgunaan proses.

Menurut peguam itu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3 Januari lalu membenarkan permohonan kerajaan persekutuan yang bertindak sebagai pencelah, untuk penangguhan prosiding sehingga sebuah mahkamah Sepanyol memberikan keputusannya bagi isu berkaitan.

Minggu lalu, mahkamah persekutuan di Sepanyol menolak rayuan sebuah kumpulan mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu dalam pertikaiannya dengan Putrajaya berkaitan bayaran pajakan ke atas Sabah.

Mereka mencabar perintah mahkamah rendah yang membatalkan pelantikan penimbang tara Gonzalo Stampa untuk mendengar pertikaian itu.

Menurut Szetu & Co, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu belum menetapkan tarikh perbicaraan, tetapi prosiding e-semakan akan diadakan di depan Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Anak Parnell pada 29 Mac.

Plaintif yang memfailkan saman itu pada Ogos lalu, memohon deklarasi bahawa Thomas, yang merupakan penasihat undang-undang kerajaan antara Jun 2018 hingga Februari 2020, melakukan penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam.

Saman itu difailkan Jeffrey Kitingan dan Joachim Gunsalam; menteri Jahid Jahim dan Ellron Angin; serta pembantu menteri negeri Joniston Bangkuai, Abidin Madingkir, Robert Tawfik, Julita Mojungki dan Flovia Ng.

Pada Februari tahun lalu, Stampa memutuskan kerajaan persekutuan mesti membayar USD14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris kesultanan Sulu kerana melanggar perjanjian 1878.

Pertikaian itu berasal daripada perjanjian pajakan pada 1878 antara Sultan Sulu ketika itu, Jamal Al Alam dengan wakil Syarikat British Borneo Utara Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

Mengikut perjanjian itu, Jamal menyerahkan kedaulatan sebahagian besar Sabah kepada Overbeck dan Dent, yang bersetuju mereka dan waris mereka akan membayar waris sultan itu Peso Mexico 5,000 setiap tahun.

Pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf secara rasmi, Jamalul Kiram II meninggal dunia tanpa waris. Bayaran itu ditangguhkan sehingga Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Charles F Macaskie menamakan sembilan waris yang dilantik mahkamah pada 1939.

Malaysia mengambil alih pembayaran itu susulan perjanjian kemerdekaan Sabah dan pembentukan Malaysia pada 1963.
Bayaran itu yang bersamaan RM5,300 setahun dihentikan pada 2013 selepas pencerobohan sekumpulan lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker