Perjelas punca 126 kematian Covid-19 hari ini, kata Ahli Parlimen

Perjelas punca 126 kematian Covid-19 hari ini, kata Ahli Parlimen

Kerajaan perlu menjelaskan punca di sebalik lonjakan angka kematian akibat Covid-19 hari ini, kata Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Dalam catatan di Facebook, beliau berkata 126 kematian hari ini adalah satu “lonjakan besar” berbanding rekod tertinggi 98 kematian sebelumnya minggu lalu.



Wong mempersoalkan sama ada angka kematian yang tinggi itu disebabkan oleh kekurangan kemudahan ICU atau berkaitan dengan varian yang lebih berbahaya.

Beliau juga bertanya sekiranya ada keperluan untuk negara membeli lebih banyak ventilator. Putrajaya perlu menjelaskan bagaimana ia boleh dibantu, dan adakah ia bermaksud perintah kawalan pergerakan perlu diperketatkan lagi.

“Kerajaan perlu berkomunikasi dengan lebih baik. Keluarga mangsa berhak mendapat penjelasan lengkap dan betul. Langkah perlu diambil untuk mengurangkan dan mencegah sebanyak mungkin kematian,” katanya.

Sejumlah 126 kematian direkodkan hari ini, terdiri daripada 123 rakyat tempatan dan tiga warga asing, berusia antara 27 hingga 98 tahun.



Jumlah kematian di negara kini kini mencecah 2,993 orang.

Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 7,703 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu. FMT

Perjelas punca 126 kematian Covid-19 hari ini, kata Ahli Parlimen


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Covid-19 : 126 kematian hari ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker